Perkhidmatan Di Al Farabi Shoppe

KE HARAMAIN BERSAMA AL FARABI SHOPPE DAN NAT TOUR SDN BHD

Seperti mana keistimewaan ibadah Haji, umrah juga ada kelebihannya. Sebenarnya memang banyak hadis-hadis yang membicarakan tentang kelebihan umrah. Di antaranya ialah : 

1. MENJADI TETAMU ALLAH 
Di dalam Ihya'Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya : "Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang"

 2. PAHALA DAN GANJARAN DILIPATGANDAKAN 
Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada' di Mekah : "Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham" (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)

 3. TIDAK DIHISAB JIKA MENINGGAL DUNIA SEMASA MENUNAIKAN UMRAH
 Di dalam Ihya'Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya : "Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam syurga'"

 4. PAHALA UMRAH BULAN RAMADHAN MENYAMAI IBADAH HAJI
 Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : "Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji"

 5. MENGHILANGKAN DOSA DAN KEFAKIRAN 
Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : "Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi"

 6. DIWAJIBKAN WALAUPUN SEKALI (JIKA MAMPU)
 Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud : "Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah" Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata : "Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah" (Al-Bukhari) 

7. PENGHAPUSAN DOSA
 Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud : "Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga" 


NAT TOUR SDN BHD telah diperbadankan pada 12hb Ogos 2003. Dilesenkan oleh KementerianPelancongan Malaysia, NAT TOUR SDN BHD atau ringkasnya NAT TOUR adalahdimiliki sepenuhnya(100%) oleh Bumiputra dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Ini adalah perlu bagi mempastikan perkhidmatan NAT TOUR dapat dipanjangkan
kepada sektor kerajaan terutamanya perjalanan pegawai2 kerajaan . NAT TOUR
adalah ahli aktif kepada MATTA dan BUMITRA MALAYSIA.

Sebagai menyahut seruan kerajaan mempromosikan industri pelancongan
Negara, NAT TOUR akan terus mempromosikan pelancongan domestik melalui
agen luar negaranya terutamanya pakej pelancongan bajet.


Jadual perjalanan bermula Januari 2016




Kini Al Farabi Shoppe telah menyediakan perkhidmatan menunaikan umrah bersam Nattour Sdn Bhd yang merupakan sebuah agensi pelancongan 100% milik bumiputera..ianya berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia,Kementerian Kewangan dan juga adalah ahli aktif kepada MATTA dan BUMITRA MALAYSIA.

MOHD AZAN BIN AZMI
WAKIL PERUNDING NATTOUR SDN BHD
PEGAWAI PEMASARAN SEKOLAH ISLAM AL FARABI
017-3013153 / 03-33724560
azan@alfarabi.edu.my

SEKOLAH ISLAM AL FARABI
LOT.6595,KAMPUNG DELEK KIRI,
41250 KLANG,SELANGOR.
03-33724560/03-33814560
www.alfarabi.edu.my
siaf@alfarabi.edu.my


ONEXOX


ONEXOX menawarkan pelan yang fleksibel bagi memenuhi keperluan telekomunikasi harian anda. Selain kadar biasa yang kompetitif, kami juga menawarkan lebih penjimatan keatas kadar rendah apabila  baki kredit di dalam Akaun Dedikasi digunakan. Beberapa denominasi tambah nilai yang dibuat akan dipecahkan ke Akaun Dedikasi dan Akaun Utama bagi memberi ruang penjimatan kepada anda.




Kaedah caj:
Panggilan dan SMS dikenakan pada kadar rendah daripada baki Akaun Dedikasi. Kadar biasa daripada baki Akaun Utama dikenakan setelah ketiadaan baki di dalam Akaun Dedikasi.
Anda boleh memindahkan sebahagian amaun daripada DA ke MA untuk menggenapkan kredit MA bagi melanggan pakej internet mudah alih & membuat pindahan kredit MA ke pihak ke-3.
SMS ke 22111TRNS<jarak>DA<jarak>(amaun yang ingin dipindahkan)
contoh: TRNS DA 13


Kadar panggilan kepada nombor-nombor premium 1-300-xxx xxx
6pg-6ptg: 30sen/minit (blok 60 saat) daripada penggunaan baki DA atau MA
6ptg-6pg: 15sen/minit (blok 60 saat) daripada penggunaan baki DA atau MA



   


Anda boleh dapatkan perkhidmatan tambah nilai dan pendaftaran pelan One Xox di pejabat Sekolah Islam Al Farabi yang beralamat di :

Sekolah Islam Al Farabi
Lot 6595, Kampung Delek Kiri,
41250 Klang, Selangor.
03-33724560 / 03-33814560
www.alfarabi.edu.my
siaf@alfarabi.edu.my

atau hubungi :

Mohd Azan Bin Azmi
( Pegawai Pemasaran Sekolah Islam Al Farabi )
017-3013153
azan@alfarabi.edu.my

No comments:

Post a Comment